Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Friday 4 July 2014

ISTIKHARAH DI HATI

Sorotan hidup penuh berliku benar mengajar erti kehidupan

Dikala jatuh
Ada tangan hulur bantuan
Dikala gembira
Ada insan disisi

Ada masa putus asa itu hadir dalam diri
Aku duduk diam dan berpikir seketika
Aku..
Toleh ke belakang
Aku lihat betapa jauhnya perjalanan yang telah aku susuri selama ini
Penuh dengan kebahagiaan,kesedihan,jatuh,bangun,tersungkur
Dan kini aku bangun lagi

Jalan berliku itu telah mampu aku susuri sampai ke hari ni
Bukankah itu satu kebanggaan buat diri aku?

Dan kini,aku tetap teruskan berjalan
Ada masa aku singgah disatu2 perhentian
Yang buat aku bahagia walaupun tak lama
Bila aku thu ada sesuatu persingahan yg tak patut ku henti terlalu lama
Aku hela nafas dan jalan semula
Sebab aku pikir
Ada sesuatu yg memang tak boleh dipaksa

Iaitu HATI dan PERASAAN.