Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Thursday 3 December 2015

Stalker Lagi..!

Ahad 06/12/2015

Semalam,awal pagi,login fb,terpampang gambar sepasang suami isteri berselpie bersama baby..siapa sepasang suami isteri tu?sang suami adalh bekas tunang ku,dan sang isteri adalah perempuan yg merampas dia dr aku..awal tahun dengar cerita mereka bernikah,aku bwk diri g bercuti,ni akhir thun dengar cerita mereka dpt baby,aku x lena tido smlman..aku melihat gmbr tu berulang kali,aku bandingkn dgn diri aku skg..mereka sudah berkawin tapi aku masih terkontang kanting sendiri..tipu klu aku x terasa.lelaki yg aku syg sepenuh hati dan berharap sgt2..
Aku cite kn pd mak,tunjuk gmbr mereka,mak senyum dan ckp, "sabar dik.bkn jodoh adik dgn dia..nti adik pn akn bhgia cm tu.." .tp aku bls,"knpe setiap yg dtg x sama cm dia mak?mmg dia selalu buat adik mkn hati tp adik syg dia'..
"Sebab adik x pnh bg peluang kt mereka..."..

Tentang Kita

Kadangkala,
Allah tidak beri apa yang kita mahukan,
lalu hati mula bersedih.
Mata mula berkaca.
Acap kali kita tanya mengapa...?
Segala usaha, doa, tawakkal sudahpun mengikut spesifikasi.
Segala pergantungan disandar pada Ilahi.
Sampai masa Allah makbulkan, namun apa yang Allah beri tidak sama dengan apa yang kita pohonkan....
Pada saat itu, usah lagi bersedih, dan percayalah kerna pilihan Allah itulah yang terbaik dan jauh lebih baik daripada pilihan insan.
Ketika itu, sejenak kamu pandang ke belakang, tergelak kecil sendirian. Kamu mula toleh ke depan, tika itu terukir indahnya senyuman. Barulah kita sedar, disetiap permulaan jalan cerita, dihujungnya sentiasa ada bahagia.
Terima kasih Allah..
InsyaAllah.

Sunday 22 November 2015

Dah nak akhir tahun woiii..

Pejam celik pejam celik dan pejam xnk celik2 rasanya bila dh nk akhir bln 11..kalau lah boleh minta,' aku nk tunggu bahagia dtg baru aku nk bangun ' mcm tu kn best ek tp semua tu hanya kalau,reality nya tak pun weyhh..hahaha
Ni dh nk akhir tahun..rupanya,jap je setahun berlalu..jap je nk awal tahun,time nk awal tahun time tu lh rasa dup dap,dup dap je..sbbnya usia pun bertambah..huhu
Nti mula lah org sekeliling pot pet pot pet tanpa memikirkan perasaan empunya diri..ada stgh pula cakap, "SABAR ZU,SABAR ZU.." mulut  org,senang cakap "SABAR".Kalau hati ni boleh dipindahkan,bg kt korg,dah lama aku bagi dekat kau lahh..kau tanggung apa aku rase..biar kau paham sikit kot..hahaha
sbb tu lah, aku lebih suka tidak mencampuri mereka dr aku yg terkecik hati sbb pertanyaan dorg..So sekarang,berdoa jelah yg mampu,bukan hanya utk hajat kita dipenuhi tapi kerana banyak yg perlu kita syukuri..ALHAMDULILAH.

Tuesday 3 November 2015

USIA

Masa berganti masa,hari berganti hari,bulan  berganti bulan,dan tahun sudah berlalu pergi.
Dan setiap kali itu aku mencuba,dengan setiap insan yg hadir,ada kala aku mungkin bertahan,ada kala,aku sendiri give up dan berlalu tanpa memikirkan perasaan mereka.
Betul,kadangnya aku risau bila setiap kali aku menolak pinangan orang,aku bimbang ada yg tersinggung,ada yg terasa hati dan paling aku bimbang,adakah aku telah memberi mereka harapan dengan tidak sengajanya.Arghhh,mungkin jugak,tanpa sedar kan..maafkanlah..keinginan utk berkawin ada tapi aku rasa aku mcm tak sedia.mungkin juga antara mereka tiada seorang yg berjaya menawan hati aku..mungkin..
Zaman sekarang,susah nak cari org yg betul2 paham kita..dengan kisah lalu lagi..membuatkn kita takut untuk menghadapi nya lagi..
Aku lihat diri aku sendiri,dengan usia ku sekarang,perlu ke aku malu kerana aku belum berkawin??

Sunday 20 September 2015

Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi buat kedua insan yg ku sayang..semoga panjang umur,murah rezeki dan bahagia dunia akhirat...amin ya rabbal alamin..