Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Thursday 3 December 2015

Tentang Kita

Kadangkala,
Allah tidak beri apa yang kita mahukan,
lalu hati mula bersedih.
Mata mula berkaca.
Acap kali kita tanya mengapa...?
Segala usaha, doa, tawakkal sudahpun mengikut spesifikasi.
Segala pergantungan disandar pada Ilahi.
Sampai masa Allah makbulkan, namun apa yang Allah beri tidak sama dengan apa yang kita pohonkan....
Pada saat itu, usah lagi bersedih, dan percayalah kerna pilihan Allah itulah yang terbaik dan jauh lebih baik daripada pilihan insan.
Ketika itu, sejenak kamu pandang ke belakang, tergelak kecil sendirian. Kamu mula toleh ke depan, tika itu terukir indahnya senyuman. Barulah kita sedar, disetiap permulaan jalan cerita, dihujungnya sentiasa ada bahagia.
Terima kasih Allah..
InsyaAllah.

No comments :

Post a Comment